05 May 2012

Pentingkah Sarapan?


Sarapan adalah sajian yang paling penting untuk memulakan hari anda.Sarapan yang mempunyai nutrien seperti vitamin, mineral dan protin boleh membuat banyak perbezaan terhadap paras tenaga anda.

Tabiat sarapan yang baik.
-Bersarapan dalam tempoh 30 minit selepas bangun
-Masa sarapan yang baik adalah antara 7.00 pagi dan 8.00 pagi
-Jangan bersarapan dalam keadaan anda sedang bergerak. Sebaliknya, berikan diri anda masa selama 15 hingga 20 minit untuk menikmati sarapan anda dalam keadaan yang tenang.

Pemakanan Seimbang.

Sarapan yang baik seharusnya:
-kaya dengan karbohidrat, protin, multivitamin, mineral dan serat dietari
 -mudah dicerna dengan kandungan serat tinggi yang meransang pergerakan usus
 -mengandungi pelbagai jenis makanan untuk memberikan anda julat nutrien yang luas dan diet yang seimbang

Berapa banyakkah protin yang anda perlukan?

Keperluan harian yang disyorkan (RDA) untuk protin ialah 0.8 gram untuk setiap kilogram berat tubuh orang dewasa. Ini bermakna jika berat anda 40kg maka 40x0.8 = 32gram.
Tetapi jumlah yang setiap orang perlukan adalah berbeza. Ia bergantung kepada faktor-faktor seperti berat tubuh, usia, aktiviti fizikal, keadaan kesihatan dll.

Menurut Panduan Makanan Malaysia, Piramid Makanan dan Komposisi Makanan, sarapan seharusnya berjumlah 30% = 21g daripada pengambilan protin harian kita.

1.3 pinggan Nasi Goreng
Tenaga: 828 kkal
Lemak: 32.6g
Karbohidrat: 112.8g


3 keping roti canai
Tenaga: 903 kkal
Lemak: 31g
Karbohidrat: 136.5g


2.2 pinggan Char Kuey Teow
Tenaga: 706 kkal
Lemak: 34g
Karbohidrat: 80g


2.2 bungkus Nasi Lemak
Tenaga: 856 kkal
Lemak: 28.8g
Karbohidrat: 128g


1 paha ayam
Tenaga: 320 kkal
Lemak: 21.9g
Karbohidrat: 8.4g


1 mangkuk Mi Sup
Tenaga: 383 kkal
Lemak: 14.6g
Karbohidrat: 42.2g

Walaupun terdapat banyak jenis makanan yang kita boleh ambil untuk memenuhi pengambilan 21g, kita harus berhati-hati untuk tidak mengambil terlalu banyak kalori dan lemak yang boleh membawa kepada obesiti.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha