Biasanya selepas lawatan ke doktor tentu kita tertanya-tanya atau mencari-cari catatan berapakah tekanan darah kita. Dan kita masih lagi tertanya-tanya berapakah tekanan darah yang sepatutnya?
Mujurlah bagi kebanyakkan orang jawapannya adalah sederhana. Tekanan normal dianggarkan sekitar 120/80 dan jika tekanan anda naik sehingga 140/90 atau lebih akan dianggap terlalu tinggi dan kemungkinan besar anda akan diberi ubat-ubatan dan akan dipantau oleh doktor. Anda mungkin akan pergi berjumpa doktor dengan lebih kerap atau mungkin doktor akan membuat ujian darah untuk anda. Satu masalah ialah 'normal' yang berbeza bagi orang yang berbeza. Ianya bergantung juga kepada ubat-ubatan, usia, jumlah sukan yang anda lakukan dan faktor-faktor lain.
Adakah tekanan anda dalam tahap normal?
Kebanyakkan orang tidak tahu mengapa sukatan tekanan harus berbentuk seperti ini>>>> 120/80. Jadi disini diterangkan dengan ringkas.
sphygmomanometer |
automatic sphygmomanometer |
Apakah tekanan yang normal?
Sebelum kita menjawab persoalan diatas kita perlu memahami bahawa tekanan darah normal berbeza-beza dari seorang ke seorang yang lain.Sebagai contoh, jika anda mempunyai penyakit jantung, penyakit ginjal atau diabetes doktor anda mungkin melihat tekanan anda sedikit lebih tinggi dari rata-rata dan mempertimbangkan tekanan normal bagi anda adalah 130/80. Dia juga boleh meletakkan anda dalam perhatian dan mengesyorka perubahan diet dan senaman untuk menjaga tekanan ini jika perlu.
Bagi orang yang sihat tekanan darah yang mendadak dapat meningkatkan kemungkinan anda terkena serangan jantung 20-25 peratus, kemungkinan mendapat stroke 35-40 peratus dan terkena serangan jantung 50 peratus. Jadi jika anda mengesyaki tekanan darah anda meningkat anda harus menjadualkan pemeriksaan tekanan secara berkala dalam tempuh masa yang tertentu untuk membuat perbandingan. Doktor anda kemudian akan memikirkan apakah langkah yang seterusnya.
Related Articles :
0 comments:
Post a Comment