17 May 2012

Sejauh mana anda mengenali hati anda?


Tidak ramai yang mengetahui, hati adalah satu daripada organ penting di dalam tubuh yang melakukan banyak fungsi penting.
  • Organ perlindungan yang paling penting, menyingkirkan bakteria dan bendasing daripada darah ketika ia melalui hati.
  • Bertindak sebagai agen penyahtoksikan untuk banyak ubatan dan toksin, menghasilkan protein darah yang penting dan memetabolismekan karbohidrat, protein dan lemak.
  • Menghasilkan protein darah yang penting dan molekul-molekul yang lain.
  • Menyimpan zat besi serta vitamin-vitamin tertentu dan membuang hemoglobin yang lama.
  • Menghasilkan hempedu, bahan penting yang menghadamkan lemak dan membantu dalam penyerapan Vitamin A, D, E dan K, iaitu vitamin larut lemak.
Hati adalah satu-satunya organ yang boleh terbentuk semula dengan sendirinya. Namun, ia masih mudah rosak dan mendapat penyakit yang disebabkan oleh persekitaran yang negatif dan faktor-faktor gaya hidup seperti:
  • Jangkitan virus
  • Pengambilan minuman alkohol yang berlebihan
  • Toksin persekitaran
  • Sesetengah ubat-ubatan
Adakah hati anda memerlukan lebih perhatian?
Orang yang perlu berhati-hati mengenai hati mereka termasuk mereka yang:
  • Makan makanan berlemak atau umumnya mempunyai diet yang teruk
  • Mempunyai fungsi penghadaman yang teruk
  • Perlu menurunkan paras kolestrol mereka
  • Menggunakan ubat perancang kehamilan yang dimakan, Terapi Penggantian Hormon (Hormone Replacement Therapy) atau dadah hormon yang lain
  • Minum alkohol dengan kerap
  • Terdedah terhadap racun serangga, pelarut atau pencemar persekitaran yang lain
  • Cuba mengurangkan lemak badan
Organ kedua terbesar dalam tubuh - mempunyai berat yang hampir sama dengan sebiji bola - ironiknya hati adalah paling kurang dijaga dan kebanyakan orang tidak menyedarinya sehinggalah sesuatu yang buruk berlaku. Mungkin terdapat simptom-simptom, tetapi tanpa pemeriksaan perubatan, kebanyakan daripada kita tidak akan mengetahui sama ada hati kita berfungsi dengan betul. Simptom-simptom dan tanda-tanda fungsi hati yang teruk yang mungkin ada termasuk:
  • Hepatitis A, B dan C - pembengkakan hati
  • Cirrhosis atau parut hati sering terjadi akibat penggunaan alkohol yang berlebihan
  • Pigmentasi kulit
  • Ekzema
  • Lingkaran hitam di bawah mata
  • Fungsi pundi hempedu yang teruk
  • Sembelit
  • Tidak toleran pada lemak
  • Kulit gatal
  • Rasa mual

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha