20 May 2012

Asas Pemakanan Yang Baik



Pemakanan adalah sangat berhubung rapat dengan kesihatan. Anda adalah apa yang anda makan. Pemakanan yang cukup ialah yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh.Zat diperlukan oleh tubuh kerana ia sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan fungsi organ, pembiakan, senggaraan, ketahanan dari penyakit dan kemampuan membaiki kerosakan pada tubuh akibat kecederaan.

Tidak ada satu-satu bahan yang dapat mengekalkan kesihatan, walaupun beberapa zat adalah lebih penting untuk beberapa bahagian tubuh yang tertentu berbanding dengan bahagian yang lain. Kebanyakkan zat bekerja bersama-sama agar setiap usaha digembeling ke arah mengekalkan pengambilan harian terhadap zat yang penting disepanjang usia seseorang.

Apa yang anda perlukan?
Ke mana perginya zat-zat ini bukanlah satu misteri. Selepas penghadaman setiap zat mempunyai peranan untuk dimainkan dalam mengekalkan kesihatan organ-organ tubuh dan fungsinya. Gambarajah yang tertera di atas menunjukkan vitamin manakah yang diperlukan untuk kesihatan optimum. Jika diet anda tidak cukup, anda mungkin perlukan pemakanan tambahan untuk mengekalkan kesihatan ke tahap optimum.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha