10 May 2012

10 Makanan Buat Minda Anak Anda Bijak.


Mustahil bagi anak-anak sekarang untuk menolak mi segera, keropok, gula-gula, ayam goreng atau burger. Pengambilan makanan yang sedemikian secara berlebihan boleh memberi kesan buruk terhadap minda anak anda. Anak anda akan mudah lesu, letih, mengantuk dan lemah ingatan. Kurangkan memberi makanan yang tidak berkhasiat sebegitu. Untuk menambah lagi keberkatan makanan, semasa ibu-ibu memasak bacakanlah Surah Al-Asr pada makanan yang dimasak.




 Ok mari kita lihat apa makanan yang dapat membantu minda anak supaya lebih bijak:

1. Telur - terdapat bahagian utama didalam otak yang terdiri daripada lemakpepejal. Ia harus dibekalkan dengan asid lemak penting (EPA) melalui diet harian kerana tubuh tidak menghasilkannya. Telur merupakan sumber EPA yang paling baik.

2. Ikan berminya - maksudnya bukan ikan yang digoreng dengan minyak yang banyak. Ikan berminyak ini adalah ikan seperti salmon, tuna, sardin dan makeral. Kaya dengan asid lemak yang dipanggil Omega 3. Ia adalah komponen lemak yang penting bagi meningkatkan daya pemikiran dan kecerdasan otak.

3. Soya - Soya mempunyai kandungan protin yang sangat tinggi. Protin yang terkandung dapat meningkatkan daya ingatan memori dan pertumbuhan tisu-tisu badan anak anda.

4. Kismis - Mengandungi zat besi yang membina darah dan memastikan oksigen disalurkan ke otak dengan lebih baik. Cara memakan kismis yang betuk adalah dengan mengemamnya bukan mengunyahnya.

5. Teh hijau dan teh hitam - Keduanya dapat memberi kesan positif terhadap penyakit alzheimer. Penyakit ini ialah sejenis penyakit yang berlaku akibat kehilangan fungsi mental dan daya ingatan. Kedua-dua teh ini menentang penyakit alzheimer dalam pelbagai cara.

6. Madu - Dikenali sebagai raja segala ubat. Madu boleh menenangkan minda dan menghindarkan otak daripada penat berfikir. Namun dilarang mengambil madu bersama kopi dan tembikai kerana ianya boleh menyebabkan keracunan.

7. Susu segar - Mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk perkembangan otak dan badan. Susu sangat berguna untuk perkembangan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.

8. Halia - Halia mengandungi shogoal dan gingerol yang sangat mujarab untuk mengatasi masalah lupa. Selain dari itu bahan dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut dan meransang perembesan jus penghadaman.

9. Daging kambing - Mengandungi zat besi dan potassium yang rendah kandungan mineralnya. Ia baik untuk meningkatkan daya hafazan.

10. Kekacang - Kandungan nutrisi seperti air, protin, karbohidrat, dan tenaga dalam kekacang amat rendah dan seimbang. Gajus, berangan, soya, pistachio dan kacang merah sangat baik untuk kecerdasan otak.



Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha