20 May 2012

Kanak-kanak Dan Diet Seimbang?


Kanak-kanak Dan Diet Seimbang? Kedua-duanya nampak tak sehaluan.Ibubapa  tahu anak mereka cenderung untuk melakukan perkara yang berlawanan dari apa yang disuruh kepada mereka. Bila berkaitan tentang makanan mereka lebih cenderung untuk memilih makanan bergula yang kurang atau tiada langsung nilai pemakanan. Salah faham bahawa "semua makanan berkhasiat tidak enak" menyebabkan kanak-kanak memilih makanan yang kurang khasiat ini. Ini ditambah pula oleh tabiat makan kurang baik, tidak suka kepada makanan tertentu, cara penyimpanan, memproses dan menyediakan makanan yang salah. Kesemuanya tidak membantu dalam diet seimbang untuk anak-anak anda.
Terserah kepada anda untuk menguruskan diet anak anda. Pemakanan yang baik semestinya perlu untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik. Janganlah percaya bahawa anak-anak telah dapat cukup khasiat kerana mereka bermain dengan tenaga yang nampaknya tidak terbatas (berapa kali anda berkata,"Kalaulah bertenaga seperti mereka?") Apabila kanak-kanak membesar amatlah perlu ibubapa mengenali keperluan khusus anak-anak terhadap khasiat, terutamanya yang membabitkan pertumbuhan tulang, gigi dan mata yang baik.

Anak dan sarapan
Vitamin A, B dan C serta zat galian seperti zat besi amatlah penting untuk tubuh muda. Zat ini diperlukan oleh pelbagai pusingan metabolik yang berbeza. Tetapi mendapatkan gabungan zat yang betul amatlah sukar. Untuk mengelakkan keadaan ini cuba galakkan tabiat makan yang baik sejak awal. Ingatlah anda patut menekankan kepada anak-anak makan sarapan yang berkhasiat. Mengapa? Kerana sarapan berkhasiat menggerakkan metabolik mereka untuk seluruh hari itu. Kanak-kanak yang tidak bersarapan tidak cergas seperti mereka yang bersarapan, dan sudah tentu hampir mustahil untuk mendapatkan kembali zat yang telah ditinggalkan pada lewat hari tersebut.

Apa yang harus anda lakukan?
Untuk alasan itu saja amatlah penting untuk memastikan yang anak-anak mendapat jumlah vitamin dan zat besi yang cukup di pagi hari kerana sarapan adalah makanan tunjang pada hari itu. Untuk mengelakkan kekurangan zat, amatlah bijak untuk memperbaiki diet anak-anak dengan vitamin tambahan Chewable Multivitamin And Iron suppliment membantu membekalkan vitamin dan zat besi yang seimbang dan telah dirumus untuk memenuhi keperluan diet anak-anak. Berperisa oren semulajadi yang lazat dan dimaniskan dengan fruktosa semulajadi. Tablet mudah kunyah ini membekalkan zat galian dan vitamin yang anak-anak anda perlukan untuk pertumbuhan dan perlindungan tubuh mereka.



Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 comments:

Nasriah Nadzir said...

Jalan2 sini...www.mysufisecret.blogspot.com

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha