24 April 2012

Peringkat Kehidupan Wanita Yang Menarik - Bah. 1


Daripada baligh hinggalah monopause dan seterusnya wanita sentiasa berubah dari segi fizikal dan emosi apabila mereka melalui pelbagai tahap kehidupan yang berbeza. Kepentingan makanan yang sempurna pada masa pertumbuhan yang khusus, perkembangan dan penuaan sepanjang kitaran hidup adalah ketara.



REMAJA


Remaja adalah masa untuk pertumbuhan yang pesat dan perubahan dalam hormon. Maka kalsium, zat besi, zink, magnesium dan nitrogen (daripada protin) adalah diperlukan dalam kuantiti yang lebih besar. Kalsium diguna terutamanya untuk pertumbuhan tulang, zat besi untuk meningkatkan jisim otot, dan jumlah darah, zink untuk pertumbuhan, manakala magnesium dan nitrogen diguna untuk banyak fungsi diseluruh tubuh. 
Sepanjang tahun-tahun ini senaman adalah sangat penting. Menaiki basikal dan berenang adalah ideal kerana ia membantu membentuk otot dan membaiki fungsi jantung.
Nutrien yang paling sering kekurangan dalam diet remaja ialah zat besi, vitamin A, B2 dan B6 dan kalsium. Diet sementara memberi pilihan makanan yang teruk manakala kesuntukan masa sering menjadi alasan untuk tidak bersarapan dan memulakan hari tanpa nitrien yang mencukupi. Budak perempuan terutamanya, harus makan makanan yang kaya nutrien supaya mereka mempunyai asas pemakanan yang baik dalam persediaan untuk melalui tempoh boleh melahirkan anak.


Sindrom Sebelum Haid.


Umumnya PMS dianggap diransang oleh tahap-tahap hormon yang menaik dan menurun sepanjang kitaran wanita. Simptom-simptom termasuk jerawat, perubahan selera dan laparkan makanan, buah dada menjadi lembut ataupun membesar, sembelit, cirit-birit, keletihan, bengkak air - yang boleh menyebabkan bahagian abdorminal lembut, tangan dan kaki yang membengkak, berat badan bertambah, sakit kepala, insomnia, loya, muntah dan tegangan akibat sebelum haid.
Sajian yang kandungannya tinggi dengan karbohidrat kompleks telah ditemui membantu menangani tekanan. Buahan dan sayuran, ikan dan daging ayam itik adalah makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan protin untuk menangani PMS dengan lebih baik.


 Herba Dan Semulajadi

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha