"Hai orang yang beriman. Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu berjaya" - ayat 200 Surah Al-Imran.
Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.
Maksud Ayat :-
Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : ‘Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri”. Ayat 30-31 Surah An-Naml.
Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.
3 comments:
Banyak ilmu kat blog PM ni. Hanya tinggal mahu atau tidak amalkan je.
amat memerlukan ilmu2 sebegini saat dan tika ini :)
ALHAMDULILLAH DENGAN APA YANG KITA TELAH PELAJARI HENDAKLAH DI SAMPAIKANLAH PADA SAHABAT YANG BELUM MENGETAHUI. .
Post a Comment