03 May 2011

Minyak Lavender - Mengurangkan Stress Anda


Kesibukan harian dan tekanan hidup boleh menyebabkan kita stress lebih-lebih lagi tuntutan yang berkaitan dengan pekerjaan. Stress disebabkan oleh kerja adalah fakta yang paling rapat berkaitan dengan individu. Stress kerja bukan hanya berkaitan dengan penurunan prestasi, tetapi juga boleh menjejaskan hubungan peribadi juga. Stress juga menyebabkan keletihan, sakit otot, sakit kepala, masalah perut dan masalah emosi seperti depresi. Ketika anda perlu untuk menhilangkan stress yang disebabkan oleh pekerjaan anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menggunakan minyak lavender.


Menggunakan bahan semulajadi untuk menghilangkan stress adalah amat berkesan dan selamat. Mengubati stress dengan bahan kimia seperti yang ditemui dalam anti-depressant boleh menjadi kontraproduktif bagi kesihatan keseluruhan seseorang. Kerana banyak ubtan ini membawa kesan sampingan yang membahayakan, jadi penggunaan minyak lavender yang lebih bersifat semulajadi adalah altenatif yang terbaik sebagai ganti. Ianya lebih baik untuk kesihatan fizikal, mental dan emosional.


Ada banyak cara dimana minyak lavender boleh digunakan untuk mengurangkan stress. Wap wangiannya boleh disedut secara langsung atau minyak ini boleh ditambah dalam mandian air panas. Kebanyakkan orang menggunakan minyak ini terus disapukan ke tubuh tetapi anda mungkin suka jika mencampurkannya dengan minyak asas yang lain. Minyal lavender boleh menghasilkan ketenangan, mengembalikan keseimbangan sistem saraf relaksasi sehingga dapat meningkatkan mood dan semangat seseorang.


Cara paling mudah untuk mendapat manfaat dari minyak ini adalah dengan selalu membawanya dalam botol kecil yang anda boleh simpan dalan beg atau saku anda. Anda boleh menghidunya terus bila anda berasa stress. Atau anda boleh menaruh beberapa titis pada tisu dan menghidu aromatherapi ini dari tisu. Ini umumnya pilihan yang lebih mudah.


Ingat bahawa minyak tulin sangat banyak mengandungi zat teraputik tetapi jangan digunakan secara berlebihan. Guna secara sederhana adalah cara yang terbaik.



Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha