Jerawat menjengkelkan selain dari mendapatkan ubat sapu di farmasi apa lagi yang anda boleh lakukan? Sebab terjadinya jerawat adalah kulit anda tersumbat dengan mimyak semulajadi yang dikenali sebagai sebum. Minyak terperangkap ditempat yang bernanah dan menyebabkan bakteria dan keradangan cepat tersebar. Jika anda seorang remaja, dimana jerawat bergandingan tangan dengan menari canggung maka mudah untuk menyuruh anda mencuci muka sekali-sekala. Namun ada beberapa orang yang menderita wabak jerawat dari usia 20an hinggalah ke 30an. Hal ini terjadi selain dari pertumbuhan hormon, faktor lain yang menyumbang jerawat adalah genetik, diet dan kebersihan.
Yang paling biasa anda boleh dapat dari farmasi adalah benzoil peroksida. Ini sebatian kimia yang menghilangkan jerawat dengan mengeringkan wajah dan menghasilkan jualan berbilion-bilion dolar setahun. Hal ini terjadi walaupun ramai orang tahu bahwa bahan kimia ini boleh merengsakan wajah dan jerawat kemungkinan besar jerawat anda akan muncul kembali selepas anda menggunakannya. Selain dari ini, ada juga ubatan yang anda boleh pilih dari kalangan harga yang lebih mahal bahkan operasi laser tersedia untuk kes-kes yang lebih ekstrem.
Kerana syarikat besar membayar pendapatan iklan untuk sebahagian besar media utama, kenyataan bahawa altenatif semulajadi yang lebih selamat dan benar-benar ada umumnya diabaikan. Satu anugerah alam untuk merawat jerawat anda mungkin berada diambang jendela rumah anda. ALOE VERA. Tumbuhan hijau ini telah banyak digunakan untuk rawatan kulit secara tradisional. Ianya amat popular untuk mengubati pelbagai masalah kulit dan luka seperti luka terbakar dan luka kerana gigitan serangga.
Mempunyai rasa yang menenangkan bila disapu ke kulit yang boleh membantu melegakan sakit akibat sengatan juga boleh digunakan untuk melegakan kulit yang bengkak dan gatal kerana jerawat. Gel yang terdapat pada tumbuhan ini mengandungi Polisakarida yang seperti blok-blok bangunan yang boleh membantu kulit yang rosak. Lidah buaya juga mengandungi antioksida yang cukup sebagai pemangkin vitamin E. Vitamin E dianggap oleh banyak pakar kulit sebagai sahabat baik kulit anda. Menggosok gel Aloe Vera ke kulit anda yang berjerawat juga akan membantu menghilangkan minyak berlebihan dan bakteria dan melindungi kulit anda dari jangkitan dimasa depan.
0 comments:
Post a Comment