14 May 2011

Mengapa Multivitamin Baik Untuk Anda


Tahukah anda bahawa setiap hari kita memasukkan vitamin ke dalam tubuh kita setiap kali kita makan. Makanan yang kita makan mengandungi banyak mengandungi vitamin dan mineral dan membantu kita hidup sihat. Tidak hanya memberikan kita kekuatan ketika kita sibuk sepanjang hari, samada ketika bekerja, bersukan, sekolah dan lain-lain, tetapi makanan juga membantu membina sistem imun kita. Orang yang makan secara sihat biasanya akan seringkali sangat sihat dan hidup lebih lama. Tapi bagaimana dengan orang yang tidak dapat makan tepat pada masa kerana jadual yang padat? Sudah tentu mereka pun boleh sihat, dengan bantuan MULTIVITAMIN.


Multivitamin amat baik bagi mereka yang tidak dapat atau makan dengan betul. Ianya berfungsi sebagai suplemen makaanan yang diperlikan oleh tubuh. Memakan pil kecil yang dipanggil multivitamin setiap hari dapat mengelakkan kanser dan penyakit jantung. Tetapi sebelim anda mengambil multivitamin, anda perlu mengetahui multivitamin yang tepat dan untuk anda. Dalam memilih multivitamin yang sesuai untuk anda, perlulah dipertimbangkan tentang usia, jantina, alahan dan vitamin apakah yang anda perlukan. Ada banyak multivitamin dipasaran dan pilihlah satu yang sesuai untuk anda.Setelah memilih yang sesuai maka makan lah mengikut dos yang disyorkan setiap hari.


Apa manfaatnya multivitamin ni? Kebanyakkan multivitamin mengandungi sekurang-kurangnya 10 vitamin dan 10 mineral untuk melengkapi diet yang baik dan teratur. Seperti zat besi baik untuk darah dan kalsium dapat menguatkan tulang. Magnesium membantu penyerapan kalsium, zink melawan jangkitan dan vitamin D juga baik untuk kulit. Ini hanya beberapa vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita setiap hari.


Mutivitamin bukan hanya membantu individu memenuhi keperluan tubuhnya tetapi juga dapat membantu kesihatan mental. Hal ini juga diperlukan untuk mengubati beberapa penyakit. Jika seseorang mengidap penyakit Alzheimer boleh mengambil multivitamin untuk mendapatkan vitamin C dan E. Ini adalah faedah utama memakan multivitamin, memerangi penyakit yang disebabkan kekurangan beberapa jenis vitamin dan meneral. Orang yang stress juga boleh mendapatkan manfaat dari multivitamin. Apabila anda selalu sibuk dan tidak ada masa untuk memikirkan tentang kesihatan anda, multivitamin dapat menawarkan suplemen yang anda perlukan untuk kemampuan mental dan daya tahan setiap hari.


Dunia berubah begitu cepat dengan segala perkembangan teknologi, akan terasa bahawa masa berlalu begitu pantas. Manusia tidak boleh bersaing dengan masa dan di susahkan oleh pekerjaan dan stress. Berkat multivitamin hidup ini jauh lebih mudah. Ada banyak perkara yang dapat dibantu oleh vitamin. Walaupun multivitamin dianjurkan untuk sesiapa sahaja, itu tidak bererti bahawa setiap orang harus mengambilnya. Pastikan anda mendapat nasihat dari doktor anda terlebih dahulu. Mengambil multivitamin dapat membantu tubuh dalam banyak cara dengan memberikan vitamin yang diperlukan untuk tubuh berfungsi dengan baik.


Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha