Kira-kira 250,000 hingga 500,000 anak-anak yang kekurangan zat di negara-negara membangun menjadi buta setiap tahun kerana kekurangan vitamin A. Rabun malam juga salah satu dari tanda-tanda kekurangan Vitamin A. Di zaman Mesir Kuno, diketahui bahawa rabun malam dapat diubati dengan memakan hati yang kemudian dijumpai sebagai sumber yang kaya dengan vitamin A. Kekurangan vitamin A menyebabkan kornea menjadi kering dan akan merosakkan retina.
Kekurangan vitamin A mengurangkan keupayaan melawan jangkitan. Di negara-negara dimana kekurangan vitamin A dikesan amat tinggi, berjuta-juta anak meninggal setiap tahun dari komplikasi penyakit berjangkit seperti campak. Kekurangan vitamin A juga boleh menyebabkan sel-sel selaput individu itu akan hilang kemampuan untuk menghalang mikroorganisma yang akan menyebabkan radang paru-paru.
Pada kanak-kanak yang kekurangan vitamin A boleh juga menyebabkan sistem penafasan terganggu, pertumbuhan terbantut dan perkembangan tulang yang lambat. Kekurangan vitamin A boleh berlaku apabila terjadinya cirit-birit yang kronik dan pengambilan sayuran atau buahan yang berwarna terang tidak mencukupi. Mereka yang mengambil alkohol secara berlebihan juga akan mengalami risiko kekurangan vitamin A. Suplimen vitamin A tidak digalakkan bagi mereka yang menyalahgunakan pengambilan alkohol. Ini kerana dikhuatiri hati mereka akan menolak kesan anti toksik dari pengambilan vitamin A yang tinggi. Jadi anda perlulah berjumpa doktor anda untuk menilai situasi ini dan menentukan pengambilan suplimen vitamin A.
Post akan datang: Jadual Makanan Yang Mengandungi Vitamin A
You are Here: Home > Kesan Kekurangan Vitamin A
0 comments:
Post a Comment