03 July 2011

Phytonutrient - kesannya terhadap kesihatan anda.


Ramai yang tidak menyedari bahawa kebanyakan makanan antioksida yang kita ambil adalah berasal dari sayur-sayuran. Sayuran seperti brokoli, kobis bunga, tomato dan lada adalah pilihan yang baik yang mengandungi khasiat yang tertentu untuk tubuh kita. Jika mengambil sayuran anda harus tumpukan kepada yang kaya dengan warna, ianya kaya dengan apa yang dipanggil phytonutrient.


 Phytonutrient adalah khasiat yang ditemui pada kulit sebahagian buah-buahan dan sayuran yang memberikan warna pada tumbuhan tersebut. Phytonutrient adalah jenis antioksida yang terbaik yang boleh didapati. Jika anda mencari pemakanan tambahan yang bernilai tinggi , coq10 memberikan anda antioksida yang bernilai tinggi. 


Walaupun sayuran dan buahan adalah sumber terbaik antioksida, masalahnya ialah ia dihasilkan oleh ramuan yang mengandungi bahan kimia yang beracun, disembur dengan racun serangga dan berbagai jenis baja. Kajian yang telah dijalankan mendapati yang tumbuhan yang ditanam secara organik lebih tinggi kandungan antioksidanya. 


Didalam dunia yang sibuk hari ini, adalah menjadi satu tugas yang sukar untuk kita makan seperti yang sepatutnya lagipun bukannya selalu kita dapat makan buah dan sayur organik. Jika anda tidak boleh atau sukar mendapatkan sayura dan buah yang mengandungi antioksida atau yang organik anda seharusnya melihat pemakanan tambahan yang menawarkan phytonutrient yang diperlukan dalam diet anda.


Pemakanan tambahan yang mengandungi phytonutrient mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan buah tertentu seperti karot, yang boleh meningkatkan paras gula dalam darah anda ke paras yang tinggi. Phytonutrient didapati dari ekstrak pigmen dimana khasiat dipekatkan, maknanya ia adalah hasil yang terbaik dari sayuran tersebut dengan menyingkirkan kalori dan gula.


Jangan salah anggap, sayuran dan buahan memang baik untuk anda. Ianya kaya dengan antioksida, sayangnya ianya dihasilkan secara komersil yang kebanyakkanya  mengandungi bahan kimia yang menjadikannya tidak begitu baik untuk anda. Sayuran dan buahan yang ditinkan mengandungi kadar gula dan kalori yang amat tinggi. Pemakanan tambahan menawarkan anda khasiat pada tahap yang anda perlukan tanpa sebarang bahan kimia, gula atau kalori. Dengan cara ini anda tidak perlu bimbang tentang bahan yang tidak baik untuk anda.


Tidak kiralah bagaimana pandangan anda, makanan yang bagus untuk badan anda adalah makanan yang mengandungi antioksida. Bila-bila masa saja yang anda merasakan yang anda perlukan antioksida anda boleh mempercayai pemakanan tambahan untuk menyediakan bagi anda jumlah yang mencukupi untuk tubuh anda.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha