Saturday, April 12, 2025

23 July 2011

Petua Pantas Bulan Puasa


Salam sejahtera pembaca sekalian. Terkadang saya terfikir kenapa selepas kita berbuka puasa badan kita berasa letih dan nak pegi sembahyang Terawih pun malas. Bila dikaji dan direnungkan rupanya kita terlalu memaksa badan kita dengan menyuapkannya dengan makanan yang 'berat' dan badan kita berasa terkejut. Jadi eloklah kita mulakan berbuka puasa dengan makan makanan yang mudah dicerna dulu.


Berbuka puasalah dengan meminum segelas air dengan satu sudu besar madu Manuka dan kurma. Ini dapat mengembalikan tenaga dengan pantas. Saya dah cuba pada Ramadhan yang lepas dan saya dapat rasa kesannya. Mungkin selepas solat Maghrib barulah kita menjamah makanan yang agak 'berat'.


Makan sekurangnya 3 jenis buahan seperti epal, pir, jambu batu, betik, nenas, tembikai dan lain-lain. Ini membekalkan pepejal dan serat untuk mengenyangkan perut anda yang kosong. Bagi mendapatkan asid amino, vitamin dan nutrien, diet yang berasaskan cecair disyorkan. Tambah diet anda dengan kalsium, vitamin B,C, E dan multivitamin untuk mendapat paras nutrien yang optimum.


Disini disertakan resepi ringkas yang anda boleh ambil untuk berbuka puasa;


Resepi 1:

  • 1 gelas susu kacang soya (buatan sendiri kalau boleh)
  • 1 skup serbuk protien
  • 1 biji epal hijau, nenas atau karot.
Resepi 2:

  • 1 gelas air
  • 1 skup serbuk protin
  • 1 biji epal hijau, nanas dan karot
anda boleh mengambil secara berasingan atau mengadunkannya menjadi minuman kocak yang enak. Selamat mencuba. 

Related Articles :


    Stumble
    Delicious
    Technorati
    Twitter
    Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Pages (46)1234 Next

    VIDEO

    ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

    RECENT POSTS

    ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

    POPULAR POSTS

    ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
     

    PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha