30 June 2011

Pemakanan Tambahan - Antioksida



Kunci kepada meningkatkan gayahidup dan hidup dengan lebih sihat adalah antioksida. Ada beberapa suplimen antioksida diluar sana yang boleh membantu anda menjalani hidup yang lebih sihat, yang semulajadi dan tidak mengakibatkan kerosakan. Anda juga boleh makan makanan yang berbagai jenis yang juga mengandungi anhtioksida, tetapi mengambil suplimen adalah cara yang ideal untuk anda mendapat amaun antioksida yang betul.


 Jika anda mengambil lebih antioksida melalui makanan dan suplimen, ada beberapa faedah yang anda akan dapat, yang pertama adalah perlindungan sel. Antioksida berupaya melindungi sel daripada rosak yang mana akan menghalang penyakit. Anda boleh kehilangan vitamin dari tubuh anda dengan banyak cara, yang mana akan menyebabkan kadar sembuh dari penyakit atau kecederaan sangat perlahan. Jika tubuh anda dibekalkan dengan amaun vitamin dan antioksida yang mencukupi anda akan dapat rasa perbezaannya.


Pada kebanyakkan kes anda boleh mendapat antioksida dalam bentuk herba atau yang semulajadi. Ada banyak faedahnya seperti mengelakkan dari pelbagai jangkitan, mengawal pembekuan darah dan syahwat. Makanan yang berkhasiat dan cara makan yang sihat adalah bahagian penting dalam kehidupan yang mana anda seharusnya memastikan tahap kesihatan anda dalam kawalan dan makan makanan yang sihat.
 Ada terdapat suplimen yang bukan sintetik diluar sana, yang ideal untuk maintain kesihatan anda. Ianya mudah diserap oleh tubuh anda tidak seperti suplimen yang sintetik. Suplimen sintetik terkenal dengan kadar penyerapan yang sangat perlahan, anda memerlukan masa yang lama untuk merasai kesannya. Bukan sintetik pula adalah sebaliknya, memberikan anda keputusan yang cepat kerana ianya mudah diserap oleh tubuh dan tidak akan menyebabkan sebarang kesan sampingan.
Harus diingat, walaupun anda telah mengambil suplimen antioksida anda masih perlu mengekalkan diet yang sihat. Anda perlukan makanan yang mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh anda. Anda juga boleh mengambil suplimen vitamin dan antioksida jika anda tidak dapat khasiat yang secukupnya dari makanan anda.
Jika anda tidak mengambil amaun antioksida yang mencukupi anda berisiko mudah dijangkiti penyakit. Antioksida melindungi tubuh anda dengan pelbagai cara, inilah sebabnya mengapa anda harus memastikan tubuh anda mendapat antioksida dengan amaun yang betul. Anda boleh cari bermacam-macam jenis vitamin dan suplimen yang mengandungi antioksida, apa yang anda perlu lakukan adalah memastikan anda makan dengan betul dan melakukan apa yang perlu untuk mencapai kesihatan yang optima.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha