22 July 2011

Puasa Yang Menyihatkan


Hari ini 20 Sya'aban dan 10 hari lagi kita akan mula berpuasa. Terkadang bila mula berpuasa kita akan hadapi sedikit masalah. Ini mungkin badan kita dah biasa dengan roti canai pagi-pagi atau nasi lemak dan sebagainyalah. Masa berpuasa jadual makan kita akan berubah yakni kita makan sarapan pukul 5 pagi. Selama 335 hari kita sarapan pukul 8 pagi, dah tentulah badan kita akan merasa sedikit terperanjat bila disuapkan sarapan pukul 5 pagi.



Penyelidikan oleh saintis telah menunjukkan bahawa puasa atau mengurangkan pengambilan makanan bukan saja membantu seseorang menurunkan berat badan, tetapi ia boleh memberikan faedah kesihatan dan menggalakkan usia yang panjang. Malah sesetengahnya jatuh sakit dengan mudah apabila berpuasa. Mengapakah simptom-simptom ini timbul? Ia mungkin disebabkan diet yang tidak mencukupi ketika tempoh berpuasa. 

Disini ada beberapa garis panduan pemakanan untuk memastikan bulan puasa yang menyihatkan:

  • Hadkan pengambilan makanan berproses
  • Kurangkan pengambilan makanan berminyak. Gantikan dengan makanan yang direbus atau dikukus.
  • Makan lebih banyak buahan dan sayuran segar
  • Pilih daging putih berbanding daging merah
  • Kurangkan pengambilan kopi, minuman berkarbonat dan kordial
  • Minum air bersih dengan jumlah yang mencukupi
  • Ambil suplimen untuk pemakanan anda
Saya hanya boleh memberikan saranan saja. Semuanya terpulang kepada tindakan anda. Saya cuma berharap anda akan mengekalkan minda dan tubuh yang sihat sepanjang bulan puasa tahun ini.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha