20 July 2011

Makanlah Mengikut Warna


Pada masa sekarang ni kita selalu melihat Piramid Makanan untuk kita buat rujukan pemakanan yang sihat. Tapi kita tidak perasan yang warna makanan juga mempengaruhi dan boleh memberi kita pelbagai nutrien. Saya bukan maksudkan pewarna tambahan yang terdapat dalam gula-gula, minuman buahan dan lain-lain makanan yang diproses. Apa yang saya cuba sampaikan adalah sayuran dan buahan yang berwarna-warni. Adakah anda tahu setiap buahan dan sayuran yang berwarna-warni itu mengandungi fotonutrien yang spesifik untuk menggalakkan kesihatan tubuh kita? Ce tengok ni...


MERAH makanan seperti tomato, ceri dan epal merah menyokong kesihatan DNA, kesihatan prostat, pertumbuhan sel dan sistem imunisasi kerana kandungan lycopene dan asid ellagic.


Makanan berwarna kuning dan oren seperti oren, jagung manis dan lobak menyokong kesihatan jantung, penglihatan, fungsi imun, melindungi sel dan mengekalkan penghidratan kulit. Ianya mengandungi fitonutrien seperti alpha-carotene, beta-carotene, hesperidin dan beta-cryptoxanthin - provitamin A karotenoid  membolehkan badan menukarkannya menjadi vitamin A.



Makanan berwarna hijau akan menyokong kekuatan paru-paru dan penglihatan kita. Juga untuk tulang dan gigi yang kuat dan memudahkan interaksi diantara sel-sel. Percaya atau tidak sayuran juga kaya dengan kalsium dan nutien sepewrti lutein, isoflavin dan zeaxanthin.

Makanan biru dan ungu seperti terung dan beri biru memberi sokongan kepada otak, jantung, dan kesihatan tulang, di samping menyediakan perlindungan terhadap pengoksidaan . Ini mengandungi asid ellagic, resveratrol, dan pelbagai jenis procyanidins dan anthocyanidins.


Mulai sekarang makanlah mengikut warna dan anda akan dapat khasiatnya. Jangan asyik makan makanan yang berwarna saja. :b





Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha