05 April 2011

NAK AMBIL VITAMIN KE TIDAK?


Nak ambil vitamin ke tidak? (adalah elok untuk makan secara yang betul, tetapi jika anda dapati ia sukar, multivitamin boleh membantu)

Adalah penting untuk tubuh kita mendapat jumlah nutrien yang mencukupi setiap hari supaya tubuh boleh berfungsi secara efektif dan efision. Bagaimanapun dalam dunia moden kini agak sukar untuk mendapatkan kesihatan yang optimum kerana banyak terdapat pilihan dan sesuatu yang segera. Dalam dunia yang bergerak pantas dimana karier dan pelajaran telah banyak mencuri masa kita, kita lebih suka mengambil yang segera terutama sekali berkaitan dengan makanan. Kita bertukar kepada fast food dan junk food berbanding dengan cara makan yang tradisional. Kekurangan dalam diet yang seimbang ditambah lagi dengan stress harian dan keadaan persekitaran yang tercemar amat akan mengurangkan nutrient dalam badan kita. Tidak hairanlah kenapa penyakit kanser dan penyakit kronik yang lain meningkat secara mendadak didalam abad ini.

Terpulang kepada kita untuk menggantikan nutrient yang hilang ini. Kita boleh melakukannya dengan mengambil pemakanan yang banyak zat atau mengambil makanan tambahan (supplement).
Sebagai manusia biasa adalah sukar untuk mendapatkan nutrient yang mencukupi jika hanya melalui makanan harian. Pernahkah anda terfikir ada tak diantara kita yang makan 5 hingga 10 hidangan  sayuran dan buahan dalam satu hari? Atau siapa yang minum 7 hingga 9 gelas air setiap hari?  orang yang sihat sekalipun tidak akan dapat memenuhi keperluan vitamin dan mineral harian yang dicadangkan. Sebenarnya ia adalah sukar untuk menentukan dengan tepat berapa banyak nutrient yang anda perolehi dari makanan yang anda makan.

Dalam satu lapuran yang diterbitkan dalam tahun 1940, berkaitan dengan kandungan nutrient yang terkandung dalam bayam, dilaporkan peratusan  zat besi dan mineral lain adalah tinggi kerana  kaeadaan tanah pada ketika itu bebas dari baja tiruan dan jumlah racun serangga yang digunakan juga amat berkurangan. Berbanding dengan zaman ini yang mana kita tahu bahwa kebanyakkan tanaman dibaja dengan baja kimia dan penggunaan racun serangga yang berleluasa. Itu tidak termasuk cara kita menyediakan makanan. Cara pemanasan yang berlebihan juga akan memeusnahkan kebanyakkan vitamin dan mineral dalam makanan kita. Ini menjadikan mengapa kita harus memikirkan tentang perlunya mengambil pemakanan tambahan (supplement).

Diet yang seimbang dan mengambil pemakanan tambahan dengan multivitamin yang berkualiti tinggi adalah satu pilihan yang anda harus fikirkan dengan serius. Kita akan mendapat nutrient yang kita perlukan dari makanan yang kita makan dan menampung kekurangan dengan pengambilan multivitamin untuk meningkatkan lagi kesihatan tubuh kita.

Terdapat empat jenis multivitamin yang kita boleh dapat dipasaran pada hari ini, kapsul, tablet, gel lembut dan cecair. Cecair adalah yang termudah untuk badan kita menyerapnya kerana system penghadaman  kita tak perlu untuk memecahkannya. Kapsul dan gel lembut juga pilihan yang baik bila kita memperkatakan tentang tahap penyerapan. Perlu diingat bahawa setiap orang mempunyai kadar penyerapan yang berbeza bergantung kepada tabiat makan, kekerapan senaman atau tabiat tidurnya dan tahap stress yang dialaminya.

Kerap kali kita dengar bahawa orang mengatakan yang pemakanan tambahan mahal harganya dan ramai yang tidak mampu membelinya. Bila kita fikirkan kembali mengapa mereka ini boleh membeli minuman berkarbonat, rokok, alcohol atau kopi, mengapa tidak kita simpan duit untuk kesihatan kita? Memang ada terdapat multivitamin yang murah dipasaran tetapi tidak begitu berkualiti jika dibandingkan dengan yang lebih mahal. Cara yang terbaik adalah dengan membuat keputusan berapa RM yang anda sanggup belanjakan dan kemudian buatlah kajian tentang harga mukltivitamin dipasaran yang dalam kemampuan anda.

Multivitamin mungkin pemakanan tambahan yang terpenting yang anda perlu ambil. Jika anda belum mengambilnya, anda patutlah mengambilnya sekarang.


Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha