Hentikan Fast Food Dan Snek Dalam Diet Anda
Selalunya senang untuk menjadi gemuk dan sukar untuk membuangkannya. Makan adalah sesuatu yang indah dalam hidup dan kesan makanan dapat mempengaruhi keadaan fizikal dan saikologikal ,implikasinya susah untuk di hapuskan. Tiadak ada seorang pun yang sanggup membuang sesuatu yang indah dalam hidup yang mana kebanyakkan orang semakin hari semakin banyak mengumpulkan lemak dan tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan proses ini. Data terbaru menunjukkan bahawa badan tidak mememberikan respon kepada diet sepertimana yang sepatutnya berlaku. Badan mengambil masa yang lama untuk berubah dan diet nampaknya seperti satu peyeksaan yang panjang dan membuatkan lemak semakin susah untuk dihilangkan. Badan adalah satu alat yang komplex yang kita ada dalam hidup kita kadangkala ia tidak bertindakbalas dengan diet yang kita amalkan.
Satu lagi masalah ialah kita terlalu kerap memakan fast food, snek dan minuman bersoda. Fast food adalah makanan yang bertenaga tinggi yang akan menipu perut kita untuk tidak berasa kenyang, yang pada hakikatnya satu burger adalah mempunyai kalori yang paling tinggi dalam semua hidangan. Bila kita makan sati biji burger biasa kita tidak akan merasa kenyang, jadi kebanyakkan orang akan makan lebih dari sebiji dan menggabungkannya dengan minuman bersoda yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.Ditambah dengan kehidupan yang kurang aktif akan menyebabkan kalori disimpan sebagai lemak.
Snek adalah satu lagi penyumbang kemerosotan kesihatan dengan menambahkan terlalu banyak kalori yang telah sedia ada. Untuk membetulkan keadaan ini jangan makan snek antara waktu makan, tapi makanlah buah. Betul, ia mungkin tidak sesedap snek, terutamanya kepada mereka yang sudah biasa memakan snek, tetapi sebiji atau dua biji pisang atau apel adalah jauh lebih baik untuk kesihatan anda. Apa yang penting yang anda harus ingat adalah tabiat boleh diubah dengan mudah sekiranya anda berazam untuk berubah. Dengan tidak menghiraukan keenakan snek anda akan dapat menghilangkan rasa minat terhadap snek dan akan terbiasa dengan makan buah. Jika snek sudah tidak menjadi sebahagian dari diet, anda akan dapati apalah sedap sangat snek itu.
You are Here: Home > Hentikan Fast Food Dan snek Dalam Diet Anda
10 April 2011
Hentikan Fast Food Dan snek Dalam Diet Anda
Labels: kesihatan optimum
0 comments:
Post a Comment