22 April 2011

Jerawat???


Adakah anda kerap ke kedai ubat untuk mencari ubat terbaik menghilangkan jerawat? dan anda dapati ianya tidak seperti yang anda harapkan? Ini mungkin membuatkan anda tertanya-tanya adakah ada cara lain? Ada, dan ianya lebih murah dan lebih selamat daripada yang anda fikirkan. Selama berabad-abad perubatan secara semulajadi telah digunakan untuk merawat jerawat. Anda benar-benar boleh membuat rawatan anda sendiri untuk jerawat yang benar-benar berkesan. Cuma perlu sedikit bacaan dan kreativiti.



Cara terbaik untuk memulakannya adalah "dari dalam keluar". Mungkin bunyinya agak klise, tapi itu memeng benar. "Anda adalah apa yang anda makan" adalah lebih dari sesuatu yang anda sangka jika anda menghayatinya. Cuba fikirkan, apa yang terjadi di dalam tubuh anda ketika anda makan burger dan kentang goreng berbanding anda makan salad yang penuh dengan sayuran segar. Ketika tubuh anda dibekalkan dengan nutrisi yang tepat dan cukup air, badan boleh melakukan pemulihan dengan sendirinya. Tubuh anda diciptakan untuk menyembuhkan dirinya sendiri. Jika kita melayan tubuh kita dengan baik, tubuh akan melakukan yang terbaik untuk melawan jerawat. Perkara pertama yang anda boleh lakukan ketika cuba untuk merawat jerawat adalah memberikan bantuan yang diperlukan oleh tubuh anda untuk menyembuhkan dirinya sendiri.


Vitamin Untuk Jerawat


Dalam satu kajian didapati jerawat kerap dialami oleh orang yang paras vitamin A dan E rendah. Juga didapati paras selenium yang rendah. Jadi dalam usaha anda untuk bebas dari jerawat mulakanlah dengan memastikan anda memperolehi cukup vitamin A, E dan selenium dari pemakanan harian anda. Ikan, bawang putih dan roti yang diperkaya mempunyai nilai selenium yang tinggi. Memakan karot, kentang, bayam, kuning telur dan tembikai akan membantu anda meningkatkan pengambilan vitamin A anda. Makanan kaya vitamin E termasuklah minyak safflower dan almond. Minyak safflower juga dapat membantu wanita dalam menstabilkan tahap gula darah, menurunkan kolesterol dan membantu mengurangkan lemak disekitar pinggang.


Minyak Lavender


Ini adalah salah satu penyelesaian secara semulajadi yang penting kerana ia amat berkesan. Bakteria yang menyebabkan jerawat dibunuh oleh minyak dan dalam masa yang sama ia membersihkan kulit dan pori-pori. Minyak lavender juga membantu mengurangkan keradangan yang timbul akibat jerawat.


Buah Dan Sayuran


Makanan yang simple seperti lemon, avakado, tomato dan mentimun dapat merawat jerawat secara efektif. Apple cider vinegar (cuka kulit sari apel) juga bagus untuk merawat jerawat. Kerana kandungan asidnya akan membantu mengecilkan pori-pori dan juga memperbaharui sel-sel kulit. Ini adalah salah satu cara untuk anda menyahntoksik kulit anda. Dengan menambah 1-2 sudu teh untuk segelas air dan minum setiap hari anda dapat menghilangkan toksik dari tubuh. menggunakan cuka sari apel untuk jerawat dan untuk menyahtoksik akan membantu anda bebas jerawat dalam dua cara.


Anda juga boleh membuat mash tomato dan buatkan mask pada wajah anda. Biarkan ia sekurang-kurangnya selama satu jam. Kaya dengan asid askorbat, likopen, beta karoten dan antioksidan menjadikan ia cara yang efektif untuk menghilangkan jerawat secara semulajadi. Tomato juga akan meningkatkan fungsi kekebalan kulit, menjadikan ia satu cara yang baik untuk menghilangkan jerawat dan melawan kuman pada masa akan datang.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha