13 November 2011

Mengambil Vitamin Tambahan (Supplement)


Terdapat beberapa vitamin yang penting yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik. Kebanyakkan orang tidak mempunyai diet yang seimbang dan mereka mungkin kekurangan vitamin tertentu yang bermaksud mereka perlu mengambil vitamin tambahan untuk memastikan mereka tidak menghadapi masalah kekurangan vitamin. Pakar kesihatan atau pakar pemakanan adalah orang yang terbaik untuk memberikan nasihat tentang pengambilan vitamin tambahan. Adalah penting untuk mendapatkan nasihat daripada mereka sebelum memulakan apa-apa jua pengambilan vitamin tambahan. Ini adalah kerana terdapat beberapa jenis vitamin yang boleh menjadi toksik jika mengambilnya secara berlebihan. 


Ada terdapat beberapa kategori orang yang mungkin memerlukan lebih banyak jenis vitamin tambahan berbanding yang lain. Vegetarian sering kekurangan vitamin tertentu yang hanya boleh ditemui dalam produk berasaskan haiwan dan vitamin tambahan adalah penyelesaian yang ideal untuk masalah ini. Vegetarian perlu sedar bahawa beberapa proses pembuatan vitamin tambahan melibatkan haiwan dan ia adalah penting bagi mereka untuk membaca label. Sebilangan besar vitamin tambahan yang sintetik boleh mereka ambil tanpa melanggar kepercayaan dan keperluan pemakanan mereka.


Kanak-kanak juga akan memerlukan vitamin tambahan terutama pada peringkat awal pembesaran. Ini adalah kerana ramai kanak-kanak yang tidak makan pelbagai jenis makanan yang mencukupi pada tahun-tahun awal tumbesaran mereka dan vitamin tambahan boleh membantu dalam mengimbangi keklurangan ini. Susu ibu telah lama diketahui sebagai sumber nutrien yang penting tetapi wanita yang tidak memilih atau tidak berupaya menyusukan anak mereka tentu bimbang tentang khasiat yang diperolehi oleh anak mereka. Kebanyakkan susu formula bayi mengandungi vitamin tambahan. Ia adalah penting untuk membincangkannya dengan doktor untuk mengetahui apakah keperluan sebenar bayi anda.


Orang tua atau mereka yang menghidapi penyakit tertentu adalah golongan yang mungkin perlukan vitamin tambahan. Badan mungkin amat perlukan vitamin tambahan yang tidak didapati dari amalan pemakanan biasa dan badan juga perlukan beberapa jenis vitamin tertentu untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha