13 November 2011

Kecantikan Dan Kecergasan.


Kesihatan dalah kekayaan. Dengan fizikal yang sihat ia boleh membuat seseorang kelihatan sihat dari dalam dan keluar.


Terdapat banyak yang boleh dilakukan untuk kekal sihat, jogging diwaktu pagi, bersukan atau apa-apa aktiviti yang boleh dilakukan samada dengan rakan-rakan atau sendirian. Tetapi jika anda ingin kelihatan berotot dan tanpa kelihatan lemak yang menggeleber, perkara yang terbaik untuk melakukannya ialah mendaftar dan bersenam di gimnasium.



Sama seperti mengambil ubat, seseorang itu perlulah berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum menjalani apa-apa bentuk senaman.


Senaman fizikal memberi manfaat kerana ia membantu mengekalkan dan meningkatkan kesihatan serta mengelakkan dari pelbagai penyakit. Ia juga membuat seseorang berasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri yang menghalang anda jatuh ke dalam kemurungan atau keresahan. Ia juga telah dibuktikan orang dengan gaya hidup yang aktif hidup lebih lama daripada orang yang tidak.


Pelan senaman yang terbaik seharusnya mempunyai latihan-latihan kardiovaskular dan latihan angkat berat. Ini membantu membakar kalori dan meningkatkan otot kepada nisbah lemak yang menghasilkan keputusan samada meningkatkan metabolisma atau menurunkan berat badan.


Seseorang yang tidak pernah melakukan sebarang senaman sebelumnya perlummelakukannya dengan berperingkat-peringkat. Buat senaman terlalu banyak untuk pertama kali boleh menyebabkan kekejangan atau kecederaan yang menjadikan ia lebih teruk. Endurance tidak boleh dibina dalam satu hari. dan melakukannya berulang kali pasti akan memberi hasil yang baik kepada semua orang.


Memberi tumpuan kepada bahagian tertentu pada badan boleh membantu membuat ia diperbaiki. Contohnya, pergi ke gym dan lakukan senaman pada bahagian tertentu contohnya abs akan menghasilkan "one a chest pack".


Tetapi kecantikan bukan hanya tertupu pada mendapatkan oto yang padu yang mana orang dapat melihatnya.  Ia juga berkaitan dengan meningkatkan kesihatan dalaman.


Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan setiap hari untuk kekal cantik dan sihat.


- Membaca buku-buku dan bahan bacaan yang berbeza lebihn kerap mengekalkan minda yang tajam seperti juga senaman yang membentuk badan yang cantik.


- Kerja boleh menghasilkan stress, tidak kira apa jenisnya. Seseorang boleh mengurangkan stress dengan meluangkan masa melakukan sesuatu yang istimewa seperti berada didalam tab panas, membeli-belah atau menonton wayang. Kajian telah membuktikan perkara-perkara seperti ini adalah "pelega'.


- Pencemaran adalah sesustu yang diluar kawalan kita. Pastikan apabila anda keluar pakailah beberapa bentuk perlindungan seperti produk-produk kecantikan yang mengandungi antioksida yang melindungi kulit daripada kerosakkan. Jika perlu dapatkan nasihat pakar dermatologi.


- Satu cara lagi untuk kekal sihat adalah meninggalkan beberapa tabiat buruk. Kebanyakkan orang merokok dan 'minum'. Merokok telah dibuktikan boleh menyebabkan kanser paru-paru dan penyakit-penyakit lain. 'Minum' juga boleh memberikan komplikasi yang sama terutama bagi ibu yang mengandung. 
Bagi orang yang tidak merokok, ia adalah yang terbaik untuk menjauhkan diri dari orang-orang yang merokok kerana kajian telah menunjukkan bahawa bukan perokok saja yang menghadapi risiko begitu juga mereka yang kerap menghidu asap rokok juga berisiko menghidapi kanser.


Akhir sekali adalah lebih baik untuk sentiasa memulakan hari dengan pandangan yang positif. Sama seperti kajiantelah menunjukkan bahwa senaman boleh membuatkan seseorang itu berasa gembira dan sentiasa tersenyum. Senyuman boleh melakukan banyak perubahan dan ianya berjangkit dalam erti kata yang positif. Ia akan menerangi bukan hanya hari anda tetapi orang lain juga. 

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha