28 June 2011

Segalanya Tentang Vitamin A




Kebanyakkan dari masyarakat kita amat kurang faham tentang hal-hal vitamin ni, Sebenarnya vitamin menjalankan tugas yang penting dalam kehidupan kita seharian. Bila kita makan sayuran contohnya tubuh akan memproses dan menyerap segala vitamin yang ada untuk digunakan dalam fungsi tubuh seharian. Jika kita makan makanan yang kurang bervitamin atau berkhasiat maka tubuh kita akan mendapat kesannya. Pada kali ini saya nak berkongsi tentang satu vitamin yang dipanggil vitamin A.



Vitamin A ditemui oleh seorang biochemist yang bernama Casimir Funk. Dialah yang menggunakan pada awalnya nama 'vitamine' yang akhirnya ditukar menjadi vitamin. Funk adalah orang yang pertama menemui vitamin seperti yang kita ketahui sekarang ini. 


Anda boleh menemui vitamin A didalam makanan seperti oren dan buahan yang berwarna kuning. Ianya juga boleh ditemui didalam sayuran seperti bayam. Bila sumbernya dari sayuran, vitamin A adalah larut air, yang dipanggil beta karotin. Beta karotin ini boleh terhapus dari tubuh kita melalui proses semulajadi.
Vitamin A diperlukan oleh tubuh untuk mengekalkan kesihatan kulit dan memelihara penglihatan mata. Ramai orang mengatakan yang karot mengandungi vitamin A yang mencukupi untuk menghalang anda menjadi rabun malam. Hakikatnya pada zaman Mesir kuno doktor pada masa itu memberikan hati yang dikatakan dapat menghalang dari terjadinya rabun malam. Vitamin A juga dikenali sebagai antioksida, maknanya ianya dapat menghalang kanser dan melambatkan kesan penuaan. 
Untuk mendapatkan penyerapan vitamin A yang maksimum anda perlukan lemak. Lemak???? Bagi mereka yang mengamalkan diet rendah lemak atau diet yang ketat, secara mudahnya anda mungkin tidak dapat amaun vitamin A dari makanan anda seperti yang anda sangkakan. Untuk menyempurnakan lagi penyerapan vitamin A, anda juga perlukan protin yang mencukupi kerana protin akan bergabung dengan vitamin A untuk menjadikannya lebih 'kuat' dan membantu ia menyerap ke dalam tubuh anda dengan lebih mudah.
Dalam hari-hari biasa anda sepatutnya mengambil sekitar 5,000 international unit (IU) vitamin A. Bergantung kepada tahap kesihatan dan umur, anda mungkin boleh mengambil kurang atau lebih dari IU diatas. Vitamin A yang selamat diambil ialah beta karotin dan ia boleh diambil dengan dos yang besar. Anda akan selamat mengambil vitamin A dalam bentuk beta karotin tidak kiralah berapa umur anda.
Jika anda tidak mendapat vitamin A yang cukup dari diet anda, kekurangan akan berlaku. Kekurangan adalah perkara yang tidak bagus, ianya akan menyebabkan kulit anda bermasalah, meningkatkan jangkitan dan rabun malam juga. Kekurangan vitamin A dalam jangka masa yang lama akan meningkatkan risiko kanser dan anda juga akan mengalami penuaan sebelum masanya. 
Sebaliknya pula jika anda terlebih mengambil vitamin A, anda akan meletakkan diri anda dalam risiko mendapat sakit di sendi,abdomen dan tulang. Walaupun terlebih atau terkurang akan menyebabkan kesan, anda haruslah mendapatkan amaun yang mencukupi dalam diet anda. Vitamin A sangat penting dan ia seharusnya ada dalam pengambilan diet anda. Anda boleh mendapatkannya dari pelbagai jenis makanan atau anda mengambil suplimen. Jika anda bercadang untuk mengambil suplimen pastikan ianya mengandungi amaun yang betul tanpa kesan sampingan.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha