05 December 2011

Jangan Tidur Lepas Asar


Salam sejahtera semua. Ini tajuk yang terkadang kala kita lepas pandang. Kita suka plak nak tido lepas Asar atau dalam waktu Asar. Sebabnya waktu Asar ni adalah waktu bertukarnya waktu. Jadi PM nasihatkan janganlah suka tidur pada waktu-waktu sebegini.
Perasan tak kalau kita tidur dalam waktu sebegini yang badan akan tersa bisa-bisa, kemudian bila kita bangun dekat waktu Maghrib kepala kita macam blur jer. Ini memang telah diberitahu oleh Rasullullah s.a.w bahawa orang yang tidur pada waktu Asar akan jadi JUNNUN. Junnun ni maknanya GILA. Bukannya "gila" tapi kadangkala kita tak dapat nak membezakan yang ni Maghrib ke Subuh.....
Lagi satu jika anda suka tidur pada waktu sebegini ada syaitan yang akan duduk diantara dua peha anda. Kalau anda ada tanda lebam hijau pada peha maknanya anda telah 'digigit' oleh syaitan itu. Jadi cara nak hilangkan tanda lebam ini ialah pertama jangan tidur lepas Asar dan kedua baca Al-Fatihah sebanyak 7 kali dan setiap satunya dihembuskan ditelapak tangan beserta dengan selawat. Kemudian sapukan telapak tangan kita tadi pada lebam tersebut. Lakukan sehingga lebam itu hilang.
Pesan orang tua-tua ni memang ada maksud yang tersirat cuma terpulang pada kita untuk mencari apakah yang tersirat disebaliknya. Ok setakat ini dulu perkongsian dari PM, jangan tidur lepas Asar.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha