05 December 2011

Adakah Anda Mengalami Tanda-Tanda Seperti Ini?


Salam sejahtera. PM teringatlah pada satu kisah tentang perbuatan jahat orang terhadap orang yang lain. Iyelah, kerana dengki atau nak mencapai hajat dengan cara yang tak beradab maka 'mereka' ni sanggup melakukan apa saja. Jangan tak percaya yang perkara ni masih boleh berlaku dalam zaman cyber sekarang.

Teringatkan kisah seorang ustaz yang berjaya mengubati seorang wanita yang telah lama menghidapi penyakit misteri. Jadi setelah berjaya diubati maka ustaz ni berpesanlah kepada wanita tersebut supaya dalam masa beberapa hari ni janganlah dia bercerita kepada sesiapa yang dia telah sembuh. Tapi oleh kerana terlalu excited maka wanita tadi telah menalipon anaknya yang berada di luar negara memberitahu yang dia telah sembuh. Maka berita gembira itu disambut dengan air mata kegembiraan oleh anaknya yang menetap di Australia bersama suami. Maka disini wanita tersebut telah melanggar pesanan si ustaz tadi. Keesokkan harinya wanita tadi telah menerima panggilan talipon dari suami anaknya yang menyatakan anaknya kini tiba-tiba sakit sama seperti sakit yang pernah dialami oleh wanita ini. 
Jadi perlulah diingat bahawa jin ni boleh bergerak ke mana saja sepantas kilat dan boleh tahu keturunan seseorang itu walaupun berada di luar negara. Itulah kelebihan yang ALLAH kurniakan kepada jin. Maka terpaksalah wanita tadi mengeluarkan belanja untuk membawa si ustaz ni ke Australia mengubati anaknya. 
Maka jika anda mempunyai atau merasai perasaan seperti dibawah ini maka segeralah meminta bantuan dari mereka yang pakar.

  1. Badan sentiasa sakit menyucuk-nyucuk, anggota terasa panas, bisa seluruh badan atau sebahagian daripada badan, badan terasa kebas dan sebagainya.
  2. Perasaan menjadi resah dan gelisah, tidak boleh tidur malam, sering bermimpi yang buruk dan mengerikan, terdapat lebam-lebam bewarna biru seperti kena tokok ditempat-tempat tertentu pada badan.
  3. Orang yang dianiayai akan menjadi gila, hilang ingatan, tidak siuman, mereng dan seumpamanya.
  4. Sering meracau-racau, ketawa mengilai-gilai atau bercakap seorang diri.
  5. Mengalami sakit kepala sebelah samada di sebelah kanan atau kiri.
  6. Rahim terasa sakit dan kadang-kala terasa seperti hendak jatuh
  7. Badan terasa berat seperti ada benda di atas belakangnya dan kadang-kala terasa seperti ada sesuatu yang mencakar-cakar belakangnya.
  8. Sentiasa terkenang atau teringat seseorang dan terasa hendak lari dari rumah.
  9. Tidak boleh duduk dalam rumah, dalam kedai atau di pejabat sebab terasa panas dan serabut.
  10. Selalu tidak sedarkan diri dan pengsan.
  11. Kadang-kala si mangsa berbau busuk di merata-rata tempat.
  12. Perut mangsa menjadi buncit tanpa apa-apa penyakit. ( kata orang busung )
  13. Kadang-kala kemaluan dirasakan telah berpindah ketempat lain seperti berada di dahi, sedangkan orang lain tidak dapat melihatnya.
  14. Terdengar suara atau bisikan yang memanggil atau menyuruhnya melakukan sesuatu seperti memukul seseorang, membunuh orang, membunuh diri sendiri atau bisikan yang mengatakan " kamu akan mati tidak lama lagi dan sebagainya.
  15. Rumah tangga sentiasa bergelora dan perkelahian antara suami isteri sentiasa berlaku.
  16. Sentiasa menolak pinangan yang datang meminang jika mangsa tersebut anak gadis, jika anak teruna mereka enggan berkahwin sampai ke tua.
PM sarankan berjumpalah dengan orang yang menggunakan ayat AL-QURAN dalam menjalankan rawatan. Dikhuatiri jika berjumpa bomoh akan menambah atau penyakit tadi akan hilang sementara saja. Jadi berhati-hatilah kerana iblis dan kuncu-kuncunya mempunyai pengalaman selama seusia manusia diciptakan.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha