13 December 2011

Fadhilat Surah AL-FATIHAH


Surah Al-Fatihah memang tidak asing bagi kita yang mengaku sebagai umat Islam. Sehari semalam 17 kali kita membacanya. Jadi jangan diabaikan tentang maksudnya, fahami dan hayatinya. Bukan lagu je kena dihayati tapi jika kita menghayati surah ini lagi besar faedahnya.



Untuk Penawar Racun & Kala Jengking


Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.


Untuk Menghilangkan Sifat Lupa


Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.


Untuk Penyembuhan Segala Penyakit


Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.


Untuk Penyembuhan Penyakit Mata


Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.



MENYEMBUHKAN PENYAKIT KULIT
Baca Al Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian ludahkan diatas kapas dan tempelkan pada kulit yang luka atau kulit yang berpenyakit maka dengan izin Allah kulitnya sembuh.

PEKERJAAN BERES
Sesiapa yang melakukan pekerjaan dan hendak menyelesaikan pekerjaan itu dengan baik, bacalah Fatihah di tengah malam sebanyak 41 kali. Insyaallah dimudahkan pekerjaannya dengan tidak mendapat gangguan dan semuanya beres.
Cukuplah dulu takat ni. Jangan cuma dibaca je, kena amalkan. Kalau berjaya maka semua itu atas izin ALLAH. Kalau tak berjaya maka kenalah buat postmotem pada diri sendiri. Mungkin banyak yang kita lupa masa kita senang. Jadi janganlah marah bila kita DILUPAKAN masa kita susah. 

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha