22 April 2012

Herba Terbaik Yang Diketahui Manusia


Selama berabad-abad lamanya, nenek moyang kita bergantung kepada botanikal yang mengkagumkan untuk meningkatkan kesejahteraan mereka. Hari ini rahsia sebatian berfaedah yang wujud secara semulajadi telah diterokai melalui penyelidikan yang meluas oleh saintis.

Bawang Putih
Beberapa sajian kegemaran kita mengguna bawang putih. Tetapi herba yang berbau ini melakukan lebih daripada yang kita sangka. Pada sasanya bawang putih adalah tumbuhan daripada kumpulan bebawang. Ia menggalakkan kesihatan jantung dan peredaran darah yang baik, menghalang pengoksidaan kolesterol dan menyokong ketahanan semulajadi.

Likuoris
Dikenali ramai kerana ia dibuat kandi boleh kunyah yang manis. Likuoris adalah herba cina yang popular sejak berabad lamanya. Sesetengahnya memberi faedah yang amat besar. termasuk merendahkan paras kolesterol LDL, melancarkan peredaran darah, bertindak sebagai pencair darah dan mempunyai ciri antioksidan.



Bunga Markisah (Passionflower)
Bertentangan daripada bunyi namanya markisah BUKAN suatu herba afrodisiak. Sebatian utama bunga markisah dipanggil Flavonoid yang bertindak untuk merehatkan otot dalam banyak sistem tubuh. Bunga Markisah menggalakkan kerehatan dan ketenangan serta tidur yang lena.





Halia
Kesannya yang menenangkan terhadap sistem gastro usus boleh membantu ketidakselesaan perut dan membina kekuatan.





Chamomile
Dizaman dahulu Chamomile telah digunakan untuk menggalakkan kerehatan yang tenang, ia merupakan sedatif lain yang selamat daripada taman semulajadi. Chamomile adalah sangat melegakan saraf, mengekalkan sistem pencernaan yang sihat dan meningkatkan kesihatan keseluruhan.





Ginseng Siberia
Berupaya untuk meningkatkan tenaga dan menggalakkan kepanjangan usia. Herba yang mengkagumkan ini boleh meningkatkan stamina dan mempunyai kesan yang menyeimbang terhadap sistem anda. Selain itu ia meningkatkan penggunaan tenaga dan oksigen tubuh. Ginseng siberia menyokong aktiviti otot dan sihat, membantu nenghapuskan rasa keletihan.


Borage
Minyak ini adalah sumber GLA yang banyak dan sangat bernilai kepada mereka yang tidak boleh membentuk GLA yang cukup disebabkan faktor diet dan gaya hidup, seperti penuaan, diabetes, pengambilan alkohol dan kolesterol yang tinggi, tekanan dan turun naik hormon. Juga menawarkan kelegaan daripada simptom PMS yang merengsakan.





Ginkgo Biloba
Pada asasnya adalah daun-daun daripada spesis pokok yang tertua didunia, diguna dalam ubatan cina semenjak 3000 Sebelum Masehi. Penyelidikan telah menunjukkan ia meningkatkan memori dan keseluruhan fungsi otak. Gingko meransang peredaran darah dan mempunyai ciri-ciri antioksidan.


Evening Primrose
Minyak yang dihasilkan telah digunakan dalam beberapa kajian untuk menyokong penggunaan terhadap kesakitan buah dada, PMS, ekzema, menopaus dan rheumatid arthritis.







Dong Quai
Ia telah lama diguna oleh perempuan cina. Berguna untuk menyeimbang dan merawat sistem dan kitaran ramai wanita. Menguatkan organ reproduktif bahagian dalam dan melegakan keadaan menopaus.




Chasteberry
Dikenali sebagai VITEX. ia memperbaiki penghasilan progesteron, meningkatkan hormon 'luteinizing' dan prolaktin serta menghalang pelepasan folikel yang meransang hormon. Membantu mengawal hormon wanita dan memulihkan kitaran haid.




Astragalus
Ini adalah ramuan tonik semulajadi yang biasa di China dan telah digunakan selama 4000 tahun kerana kuasanya untuk menguatkan bahagian luar atau ketahanan tubuh. Ia menyokong tahap ketahanan optimum dan menggalakkan kesihatan keseluruhan yang baik.




Echinacea
Ia telah lama menjadi tumbuhan kegemaran orang asli Amerika. Ia telah dinamakan "peyakin herba yang hebat" kerana kuasanya telah dibuktikan dari masa ke masa. Kegunaan asas adalah untuk menyokong ketahanan tubuh semulajadi. Boleh digunakan bila-bila masa untuk merangsang ketahanan semulajadi tubuh dan menggalakkan kesihatan penafasan.

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum...kami ada menjual pelbagai jenis pokok herba & ulaman beserta herba kering. Antara yang ada :-

Rerama hijau,Stevia,Halia bara,Lempoyang,Turi,Ulam raja,Sambung nyawa 4jenis,Tenggek burung,Tebengau,Belalai gajah,Turi,Kecubung,selasih,telinga kera,putat,kemunting,limau dan banyak lagi..

Antara Pokok2 buah seperti musang King,cermai merah,cempedak madu,pelbagai jenis mangga,anggur brazil DAN BANYAK LAGI

lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor (search Google: D'Kaduk Herbs & Floral ) 

HARGA BERPATUTAN DAN BOLEH RUNDING...perkhidmatan penghantaran dan pos juga disediakan..

hubungi utk sbrg pertanyaan & maklumat lanjut:
0122440099 -Azizi @
 0123106846 -Faizal

Unknown said...


Assalamualaikum...kami ada menjual pelbagai jenis pokok herba & ulaman beserta herba kering. Antara yang ada :-



Rerama hijau,Stevia,Halia bara,Lempoyang,
Turi,Ulam raja,Sambung nyawa 4jenis,
Tenggek burung,Tebengau,Belalai gajah,
Turi,Kecubung,selasih,telinga kera,putat,
kemunting,limau dan banyak lagi..


Antara Pokok2 buah seperti musang King,cermai merah,cempedak madu,
pelbagai jenis mangga,anggur brazil DAN BANYAK LAGI

..

lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor (search Google: D'Kaduk Herbs & Floral ) 



HARGA BERPATUTAN DAN BOLEH RUNDING...perkhidmatan penghantaran dan pos juga disediakan..

hubungi utk sbrg pertanyaan & maklumat lanjut:
0122440099 -Azizi @

0123106846 -Faizal

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha