Kalau nak dilihat pada rupanya memanglah nampak macam pokok rumput biasa je. Dengan rupa bunganya yang warna merah jambu (pink) pucat dan daunnya yang berbentuk agak begitu (lihat la gambar diatas) memang kalau kita terpijak pun atau kita lalu berhampirannya kita buat dono je. Tahukah anda pokok yang anda buat dono je ni namanya pokok beluntas. Pokok beluntas ni kalau dikeringkan harganya mencecah RM100 sekilo.
Pokok beluntas ini juga boleh dijadikan ulam atau pun dibuat kerabu. Selain itu kalau di Indonesia pokok beluntas ni digunakan untuk rawatan disentri (berak berdarah). Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat masalah keputihan bagi kaum wanita (kalau lelaki ada masalah keputihan tak taulah PM nak tolong). Kalau nafas berbau, ambil daun pokok beluntas ni ditumbuk dengan campuran garam.
Serbuk pokok beluntas ini juga boleh digunakan untuk merawat demam. Serbuk dicampurkan dengan air hingga menjadi pes kemudian letakkanlah atas dahi. Ianya juga boleh menyembuhkan ulser, juga menhhilangkan lebam dan bengkak.
Di Vietnam masyarakatnya menggunakan pokok beluntas untuk meredakan keradangan. Akarnya pula digunakan untuk merawat demam, sakit kepala, rheumatik dan makanan tidak hadam.Daunnya yang direndam dalam air panas digunakan untuk melegakan selsema, serbuk daunnya yang dicampur dengan minyak jarak digunakan untuk merawat tulang retak.
Di Thailand pula jusnya digunakan untuk merawat kencing manis, sebagai pelawas kencing dan dikatakan dapat meningkatkan kesihatan dan memanjangkan umur.
Jadi lihatlah bahawa herba yang berada didepan atau disekeliling kita jika kita tahu khasiatnya dan juga tahu cara memasarkannya dapat menjadikan punca pendapatan tambahan kepada kita.
Related Articles :

0 comments:
Post a Comment