Pernahkah anda mengeluh tentang rezeki? "Kenapalah aku ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?" ataupun "Kenapalah gaji aku banyak tapi tak cukup-cukup?" atau "Kenapalah aku ni selalu ditimpa sakit? Lepas satu, satu yang datang?" PM tak tahu anda, tapi PM pernah mengalami salah satu masalah yang diatas. Lalu pada suatu hari ada seorang sahabat memberikan pandangan beliau berkenaan masalah ini. Katanya cubalah buat Sembahyang Dhuha.
Rezeki ni bukannya hanya wang ringgit tapi kesihatan yang berpanjangan juga rezeki, anak-anak yang soleh juga solehah juga rezeki.
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Related Articles :
Rezeki ni bukannya hanya wang ringgit tapi kesihatan yang berpanjangan juga rezeki, anak-anak yang soleh juga solehah juga rezeki.
Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )
"Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Nah! Segalanya telah ditunjukkan bagaimana supaya kita beroleh rezeki yang baik dan berkekalan. Sembahyang Dhuha ni bukannya lama, cuma 2 rakaat dan paling banyak 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :
Ertinya:" Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "
Doa’ sembahyang Dhuha ialah:
" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."
Lihatlah betapa indahnya doa yang kita pohonkan kepada ALLAH. Semoga anda dapat meluangkan masa pada waktu pagi anda yang SIBUK itu untuk menunaikan Sembahyang Dhuha ini. Dan semoga dengan izin NYA rezeki anda semua dipermudahkan.
2 comments:
Tiap2 pagi saya akan doa dhuha. Anak2 pun suka.
Bagus tu....
Post a Comment