Hari ini kekadang PM jadi takut bila terbaca berita tentang budak remaja zaman kini. Ada yang men"tut" lah, mero"tut"lah dan macam-macam lagi. Kalau kita cerita nak salahkan siapa, masing-masing tunjuk pada pihak lain dan mereka lupa kalau satu jari tunjuk orang lain lagi empat jari tu tuju ke arah diri sendiri. Kita punya tanggungjawab dan laksanakanlah tanggungjawab itu dengan sebaiknya. "Saya dah buat yang terbaik PM, tapi anak-anak ni degil, nak buat camna?". Kalau begitu kesnya sama-samalah kita berdoa dengan mengamalkan doa/ayat ini.
Maksudnya:
"Dan sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH (dengan mengerjakan suruhan NYA dan meninggalkan larangan NYA), nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya. Dan (ingatlah) sesiapa serah diri bulat-bulat kepada ALLAH, maka ALLAH cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguihnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki NYA. ALLAH telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."{AT_TOLAQ: 2-3}
"Eh inikan Ayat Seribu Dinar"..betul tu. Bacalah ayat ini sebanyak 3/5/7/9/11/21 minima 3 kali selepas solat terutamanaya selepas sembahyang Subuh dan Maghrib. Niatkan dalam hati dengan penuh rasa rendah hati mintalah dengan ALLAH supaya anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh/solehah dan mendengar kata ibubapa. Fahami dan hayati maksudnya jangan sekadar baca saja kerana ALLAH akan melihat niat dan kesungguhan kita.
Harap ibubapa dapat mengamalkannya secara tomakninah dan semoga anak-anak kita akan menjadi cahaya mata bukannya cahaya neraka. InsyaALLAH.
Related Articles :

2 comments:
Terima kasih PM
Sama-same......
Post a Comment