27 January 2012

Kalau Cakap Kotor Maka Kotorlah Dapatnya


Satu hari berapa gelas air yang anda minum? Kalau tanya PM, memang banyak gelaslah. Pagi sarapan dah tentu kena teh ke kopi ke ngan roti canai, antara nak sampai ke tengahari tu mungkin minum lagi air kosong beberapa gelas. Begitulah seterusnya. Jadi memanglah digalakkan supaya kita meminum 8 gelas air kosong sehari. Jangan kurang, lebih-lebih lagi pada musim panas.
Kalau dapat minum air zam-zam lagi bagus kerana setahu PM, air zam-zam ni mengandungi kalsium yang tinggi sebanyak 96 ppm dan kandungan floridanya 0.75 ppm. Badan manusia boleh menerima kandungan fluorida dalam air sehingga 1.5 ppm. Kalau selalu dapat minum air zam-zam dapat lah mengubat sakit lutut dan gigi PM yang dah banyak goyang ni....hmm
PM teringat pada satu nasihat oarang bijak pandai - kalau kita selalu memikirkan atau berkata benda "kotor" ni maka hidup kita akan sentiasa susah dan selalu berpenyakit. Rupanya memang dah dibuat kajian tentang air ni, kalau kita berfikir baik dan berkata baik, molekul air akan menjadi bentuk kristal yang cantik, kalau sebaliknya maka molekul tadi akan menjadi bentuk yang buruk - yang macam setan pun ade. 


Oleh itu kalau nak bercakap atau berfikir mestilah fikir yang baik-baik. Selalu bersyukur, maka kita dapat mengelak dari terkena berbagai jenis penyakit. Bukankah 60% badan kita terdiri daripada air???

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha