Berkata,"Saya sudah bersabar dengan anak-anak saya" sudah bermakna yang anda sudah tahu andalah yang harus berubah dalam usaha untuk mendapatkan lebih kerjasama dari anak-anak anda, lebih bersabar dengan kerenahnya, mempunyai lebih kawalan ke atas beberapa perkara yang memeningkan kepala anda.
"Saya sudah hilang sabar terhadap anak-anak saya, jadi saya menjerit/merotan"
Saya agak pasti bahwa inilah pendekatan yang sebahagian besar pembaca artikel ini gunakan. Jika ia bukan anda, satu perkara yang baik telah berlaku.
Masalah utama kepada anda yang sudah hilang sabar terhadap anak-anak ialah anda selalunya lebih cenderung bertindak mengikut gerak hati. Saya tidak mahu membuat anda berasa bersalah terhadap perkara ini tetapi anda perlu memahami bahawa jeritan dan pukulan akan membawa akibat yang buruk kepada anak-anak. Ianya juga akan menggalakkan mereka menjerit atau memukul bila mereka berasa marah atau tidak sihat dan mereka tidak menyatakan apa yang merunsingkan mereka dengan kata-kata.
Sebaliknya, satu tindakbalas yang baik daripada anda akan memberikan kesan yang sangat baik pada anak anda. Simpan ini dalam fikiran.
3 Nasihat Utama
Untuk semua ibubapa yang mengatakan " Saya sudah hilang sabar terhadap anak-anak saya" disini ada 3 nasihat untuk membantu anda berurusan dengan sikap tidak sabar anda dan bertindakbalas dengan cara yang berbeza dengan anak anda.
1. Cuba bertenang dan bercakap dengan suara yang tenang tetapi tegas tidak kira bagaimana kerenah anak anda. Saya tahu ia sukar tetapi ia sangat penting. Saya tidak dapat memberikan penekanan yang cukup tentang ini. Jika cara yang biasa anda gunakan tidak memberi tindakbalas yang baik dari anak anda, pendekatan yang berbeza harus digunakan. Cuba bertenang. Anak-anak anda akan terkejut dan akan memahami betapa seriusnya anda. Malah mereka akan meniru anda.
2. Sentiasa ingat akan tanggungjawab yang anda ada. Setiap perkataan yang anda ucapkan dihadapan anak anda, setiap tindakbalas anda terhadap mereka, akan dianggap "inilah cara untuk bertindakbalas yang betul" oleh anak-anak anda. Anda menjadi contoh tegar kepada anak-anak anda. Anda sebenarnya "mengajar" mereka tanpa anda sedari. Kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam mengawal emosi mereka sendiri. Anda seharusnya tahu bagaimana harus mengendalikannya. Jadilah contoh yang baik dalam seberapa banyak perkara dan anda boleh berhenti berkata,"Saya dah tak sabar dengan anak-anak saya".
3. Menghalang tingkah laku yang buruk daripada berlaku. Anda boleh membuat anak anda mempunyai tingkah laku yang lebih baik yang dapat membantu anda meningkatkan kesabaran anda. Adalah lebih baik untuk mencegah 'letupan' atau apa-apa tingkah laku buruk dan bukannya perlu berurusan dengan apa-apa perkara apabila anak anda sudah diluar kawalan. Saya juga pernah hilang sabar terhadap anak saya dan saya menyedari perkara yang terbaik yang dapat saya lakukan adalah berbincang dengan anak-anak saya tentang kelakuan mereka yang saya tidak setuju. Buat masa sekarang, apabila anda mahu keluar ke pusat membeli-belah sebagai contoh, bercakaplah dengan mereka sebelum anda meninggalkan rumah dan beritahu mereka bagaimana anda mahu mereka berkelakuan baik di pusat membeli-belah dan apa yang akan terjadi jika mereka tidak menghormati keputusan anda. Jika anda merancang tidak membeli mainan, beritahu mereka supaya mereka dapat gambaran dalam minda mereka. Ia penting.
Saya harap 3 nasihat ini dapat membantu anda. Kanak-kanak berkembang pesat dan kita hanya mempunyai beberapa tahun untuk mengajar mereka bagaimana menjadi orang dewasa yang yang boleh mengawal emosi dan boleh berkata dengan kata-kata hormat dan jujur. Jangan membuang masa. Setiap tingkah laku buruk anak-anak anda adalah peluang untuk mengajar mereka sesuatu.
Related Articles :

0 comments:
Post a Comment