Tanda peningkatan usia yang paling ketara dapat dilihat pada kulit, terutamanya muka. Oleh itu pertahanan adalah perlu bagi mengekalkan kesihatan kita atau memperbaharui sel-sel kulit. Apabila anda kekurangan tenaga ia jelas tergambar pada wajah anda, yang menjadi tidak bermaya, kekuningan dan tidak berseri. Lingkaran hitam juga kelihatan dibawah mata.
Apabila kita semakin tua, kapasiti untuk memperbaiki sel-sel yang rosak dan untuk menghasil semula adalah berkurangan. Unsur-unsur struktur kulit, kalogen dan serat elastic mungkin bertambah teruk, menjadikan kulit semakin nipis dan cenderung menjadi kendur dan bergaris-garis.
Radikal bebas juga menyumbang pada penuaan yang ketara.
Pendedahan terhadap cahaya UV, bahan cemar dan tekanan jugamenyebabkan pembentukan radikal bebas. Radikal bebas yang berlebihan adalah sangat memusnahkan dan boleh merosakkan sel-sel kulit. Ia menyerang kalogen dan serat elastic kulit serta menyebabkan ia kehilangan keanjalannya. Lama –kelamaan ini membawa kepada kekenduran kulit disekeliling mata, leher dan pipi dan garis-garis serta kedutan akan muncul.
Sel-sel kulit anda menghasilkan antioksidan secara semulajadi yang boleh meneutralkan radikal bebas. Namun ketahanan antioksidan tubuh anda mungkin dikalahkan akibat pendedahan terhadap matahari, kehidupan atau berkerja berhampiran dengan benda yang tercemar, memakan makanan segera seperti burger dan kentang goring dan merokok, ini menghasilkan radikal-radikal bebas yang merosak dan mengganggu integrity membrane selular anda.
Antioksidan seperti vitamin A,C dan E dan fitonutrien bertindak secara sinergistik untuk meneutralkan kesan radikal bebas yang memusnahkan. Jila anda bimbang bahawa diet anda tidak member perlindungan antioksidan yang mencukupi, pertimbangkan untuk mengambil suplemen. Apabila digabungkan dengan penjagaan kulit yang baik, ia akan membaiki keanjalan dan ketegangan kulit, dengan pengurangan dalam kedalaman dan penampilan kedutan agar kulit muda kelihatan lebih licin dan lembut serta lebih sihat. Belum terlewat untuk memulakannya.
0 comments:
Post a Comment