24 March 2011

HIDUP DENGAN ARTRITIS DAN PENGAMBILAN MAKANAN MENYIHATKAN


Osteoartritis adalah keadaan kronik yang progresif. Oleh itu adalah penting bagi pesakit untuk menguruskan dengan baik menerusi penyelarasan gaya hidup. Bagi ramai orang melakukan pengubahsuaian pada gaya hidup mereka terbukti rawatan terbaik dalam menangani osteoartritis.

Pengawalan berat badan adalah satu faktor utama dalam pengurusan penyakit yang berjaya kerana pengurangan berat badan boleh melegakan kesakitan, pembengkakkan dan tekanan keatas sendi penampan berat seperti lutut atau belakang.

Senaman yang kerap seperti latihan kekuatan dan regangan boleh membantu melegakan kesakitan dan menambah baik pergerakan sendi.Dengan membina otot disekeliling sendi, sendi memperoleh kekuatan, kestabilan dan mencegah kerosakan seterusnya.

Tekanan harus juga diurus dengan baik bagi mengelakkan simptom dari melarat kerana tekanan harian yang berulang-ulang boleh menambah ketidakselesaan sendi.

Diet yang tinggi asid lemak Omega 3 harus diperkenalkan kerana ia diketahui dapat mengurangkan keradangan, kekejangan dan kesakitan pada sendi. Makanan yang tinggi asid lemak Omega 3 termasuklah ikan berminyak, sayur-sayuran, kekacang dan minyak biji flaks.

Supplement dietari seperti glukosamina disyorkan untuk pesakit osteoartritis. Glukosamina merupakan supplement semulajadi terdapat dalam tubuh yang membina dan membekalkan rawan kita. Malah kajian klinikal telah menunjukkan bahwa glukosamina boleh membantu membina kembali rawan dan merencatkan pertumbuhan enzim pemusnah rawan.

Post akan datang KULIT CANTIK MENYERLAHKAN KEJELITAAN!

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

PAWANG MODEN Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha