Mahukah anda kelihatan lebih bagus, berasa lebih baik dan mempunyai lebih tenaga? Kesihatan optimum berasaskan kepada 4 prinsip semulajadi: kerap bersenam, pemakanan sempurna, rehat yang cukup dan bersikap positif. Kesihatan yang bagus meningkat mengikut masa apabila kita mengamal prinsip-prinsip ini dan mengelakkan bahan-bahan yang berbahaya pada tubuh kita.
Ada yang terpengaruh dengan penampilan ilusi dan ini selalunya membabitkan kos yang tinggi seperti program menguruskan badan, pakaian yang betul, diet sementara, mekap yang betul, yang mana hanya memenuhi keperluan fizikal. Sesetengahnya mungkin membawakan kepuasan jangka masa pendek tetapi ia tidak tahan lama.
KERAP BERSENAM
Bersenam tidak perlu melampau atau menyakitkan agar ia berkesan. Kajian menunjukkan hanya dengan berjalan 20 minit setiap hari boleh menghasilkan kesan yang positif. Tanyalah pada mereka yang kerap bersenam dan anda akan mendengar "Saya berasa hebat!". Faedah kerap bersenam adalah banyak, memejalkan otot, meningkatkan jati diri, persantaian, kurang merasa bimbang dan lain-lain lagi . Buatlah keputusan mengambil langkah pertama dan yang lain menjadi mudah.
PEMAKANAN YANG BAIK
Pemakanan yang baik memberi kesihatan yang baik setiap hari dan tahap tenaga yang tinggi. Ia adalah kombinasi beberapa perkara. Memakan pelbagai jenis makanan yang seimbang dan bersederhana memastikan bahawa keperluan nutrien dan tenaga tubuh anda dipenuhi.Tubuh anda memerlukan lebih daripada 40 nutrien berbeza, karbohidrat, protin dan sedikit lemak yang seimbang. Meminum sekurangnya 8 gelas air. Air berperanan penting membantu sel kita mengeluarkan sisa, menyejukkan tubuh kita dan menambah semula kandungan lembapan dalam tubuh.
REHAT YANG MENCUKUPI
Pernahkah anda mengalami masalah untuk tidur? Jika pernah, sertai 20%-40% daripada orang dewasa yang mengalami masalah ini. Umumnya kebanyakkan orang memerlukan 6-8 jam tidur pada waktu malam. Tidak cukup tidur akan menimbulkan banyak masalah kesihatan seperti keletihan, sukar menumpukan perhatian, mudah mendapat rengsaan, kulit kurang berseri dan sebagainya. Tanpa rehat hidup menjadi amat membosankan.
BERFIKIRAN POSITIF
Tiga kajian yang dikendalikan di Institiut Jantung Montreal keatas lebih 200 pesakit mendapati bahawa mereka yang berimej positif mempunyai 4 kali kurang risiko mendapat serangan maut. Kajian juga menunjukkan pandangan positif boleh meningkatkan ketahanan imun tubuh.
Fikiran adalah aset yang berkuasa dan kita perlu menjaganya agar sentiasa sihat. Belajar untuk menangani cabaran dan interaksi kehidupan akan membantu kita menangani tekanan setriap hari. Walaupun dipandang negatif tekana adalah penting untuk membantu kita memberi ransangan dan motivasi untuk memperbaiki diri.