Berat jodoh ni rupanye banyak melanda ramai orang dalam masyarakat kita sekarang ni. Maknanya umur dah sampai 40an tapi tak kawin-kawin. Samada lelaki atau perempuan tak kiralah. Ini ada kemungkinan disebabkan ada yang mengenakan sihir ke atas mereka ni.
Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “Bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., "Banyakkan mengingati mati dan membaca al-Quran"
Surah Al-Fatihah memang tidak asing bagi kita yang mengaku sebagai umat Islam. Sehari semalam 17 kali kita membacanya. Jadi jangan diabaikan tentang maksudnya, fahami dan hayatinya. Bukan lagu je kena dihayati tapi jika kita menghayati surah ini lagi besar faedahnya.
Salam sejahtera. PM teringatlah pada satu kisah tentang perbuatan jahat orang terhadap orang yang lain. Iyelah, kerana dengki atau nak mencapai hajat dengan cara yang tak beradab maka 'mereka' ni sanggup melakukan apa saja. Jangan tak percaya yang perkara ni masih boleh berlaku dalam zaman cyber sekarang.
Salam sejahtera semua. Ini tajuk yang terkadang kala kita lepas pandang. Kita suka plak nak tido lepas Asar atau dalam waktu Asar. Sebabnya waktu Asar ni adalah waktu bertukarnya waktu. Jadi PM nasihatkan janganlah suka tidur pada waktu-waktu sebegini. Perasan tak kalau kita tidur dalam waktu sebegini yang badan akan tersa bisa-bisa, kemudian bila kita bangun dekat waktu Maghrib kepala kita macam blur jer. Ini memang telah diberitahu oleh Rasullullah s.a.w bahawa orang yang tidur pada waktu Asar akan jadi JUNNUN. Junnun ni maknanya GILA. Bukannya "gila" tapi kadangkala kita tak dapat nak membezakan yang ni Maghrib ke Subuh..... Lagi satu jika anda suka tidur pada waktu sebegini ada syaitan yang akan duduk diantara dua peha anda. Kalau anda ada tanda lebam hijau pada peha maknanya anda telah 'digigit' oleh syaitan itu. Jadi cara nak hilangkan tanda lebam ini ialah pertama jangan tidur lepas Asar dan kedua baca Al-Fatihah sebanyak 7 kali dan setiap satunya dihembuskan ditelapak tangan beserta dengan selawat. Kemudian sapukan telapak tangan kita tadi pada lebam tersebut. Lakukan sehingga lebam itu hilang. Pesan orang tua-tua ni memang ada maksud yang tersirat cuma terpulang pada kita untuk mencari apakah yang tersirat disebaliknya. Ok setakat ini dulu perkongsian dari PM, jangan tidur lepas Asar.
VIDEO
ENTER-TAB1-CONTENT-HERE
RECENT POSTS
ENTER-TAB2-CONTENT-HERE
POPULAR POSTS
ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
Selamat Datang.
Pawang Moden - blog yang berkongsi cara menjaga kesihatan badan dan minda dengan cara tradisional dan moden. PM berpendapat dua cara ini haruslah digunakan secara seimbang supaya kita dapat mencapai kesihatan yang optimum.
Jika para pelawat suka untuk meninggalkan jejak atau pandangan silalah berbuat demikian di ruangan yang disediakan. PM amat berbesar hati untuk mendengar maklum balas dari para pelawat blog ini.
Selamat membaca dan berkongsi ilmu kerana ilmu ini bukan kita yang punya. Jadi apa salahnya dikongsikan.